
KUALA LUMPUR: Kejuaraan Badminton Kebangsaan 2023 kali ini bakal menampilkan pertembungan menarik dalam acara akhir beregu lelaki esok.
Apa tidaknya, dua beregu meningkat naik Low Hang Yee/Ng Eng Cheong bakal berentap dengan Wan Muhammad Arif Shaharuddin Wan Junaidi di aksi penentuan juara, selepas mengetepikan lawan masing-masing di separuh akhir hari ini.
Hang Yee/Eng Cheong yang baru sahaja ditabalkan juara Cabaran Antarabangsa Mongolia Ahad lalu, sekali lagi dicabar finalis sama yang juga pemain kebangsaan Chia Wei Jie/Liew Xun.
Ramalan pilihan ketiga itu tidak berdepan cabaran tampak meleset, apabila naib juara tersebut terlebih dahulu memenangi set pertama 21-16.
Gandingan profesional itu kemudian bangkit menerusi catatan 21-13 untuk mengheret ke perlawanan penentuan.
Hang Yee/Eng Cheong yang sudah memenangi tiga gelaran dan dua naib juara tahun ini berjaya menidakkan cubaan Wei Jie/Liew Xun ke pentas akhir dengan keputusan 21-18.
Wan Arif/Roy King yang lebih muda daripada mereka juga mara selepas bertungkus-lumus dalam permainan tiga set ke atas Choong Hon Jian/Wong Vin Sean.

Kedua-duanya mengerah tenaga selama 55 minit merakam kemenangan 11-21, 21-18, 21-18.