Tumpuan :
Sukan

Piala Suhandinata: Skuad negara akur raih gangsa, tewas kepada China

Foto: BWF

Oleh: Saiyed Ismail Saiyed Hussin

JIANGXI: Momentum cemerlang skuad negara sepanjang kempen Piala Suhandinata akhirnya ditamatkan di perlawanan keenam apabila tumpas di peringkat separuh akhir.

Berdepan China di Pusat Sukan Antarabangsa Nanchang, Malaysia bermula baik dengan perseorangan perempuan Ong Xin Yee yang memberikan langkahan positif menerusi catatan 11-10.

Namun juara bertahan itu perlahan-lahan mencipta jurang besar dengan pemain negara hasil giliran perseorangan lelaki, beregu campuran, beregu lelaki serta beregu perempuan.

Jelas aksi format baharu memberikan kesukaran dan tekanan kepada anak buah Jeffer Rosobin untuk mengejar semula mata kemenangan selepas ketinggalan jauh.

Foto: BWF

Hasilnya juara 14 edisi itu mara ke perlawanan akhir menerusi keputusan penuh 110-76 dan selangkah lagi untuk mempertahankan gelaran dengan menanti pemenang pertembungan satu lagi separuh akhir antara Indonesia dan Jepun.

Kekalahan itu memberikan skuad negara podium pingat gangsa, menyamai pencapaian 2023 di Amerika Syarikat yang juga perangsang sebelum kesemua mereka dijadual bertarung dalam acara individu pula bermula 7 hingga 13 Oktober.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini