Tumpuan :
Sukan

BADMINTON: Bekas jurulatih Zii Jia, Indra Wijaya diumum jurulatih baharu wanita Indonesia

Indra Wijaya meluahkan rasa gembira dapat berkhidmat sebagai Ketua Jurulatih Persorangan Wanita pasukan kebangsaan Indonesia

KUALA LUMPUR: Indra Wijaya, jurulatih yang berpisah dengan Lee Zii Jia penghujung tahun lalu hari ini diumum Persatuan Bulu Tangkis Seluruh Indonesia (PBSI).

Perkembangan terbaharu tersebut dimaklumkan di laman Facebook badan induk badminton republik itu sebentar tadi dengan menyatakan tugasan terkininya.

“PBSI secara rasmi mengikat Indra Widjaja (Wijaya) sebagai ketua jurulatih bahagian perseorangan wanita bermula 1 Mac. Indra akan dibantu Herli Djaenudin untuk menaikkan prestasi Gregoria Mariska Tunjung,” menurut kenyataan dari laman Badminton Indonesia.

Jurulatih berusia 48 tahun itu kembali ke pasukan kebangsaan Indonesia di Jakarta Timur dengan perasaan teruja selepas berkhidmat di Malaysia sejak 2015 selain Korea Selatan sebelumnya.

Beliau akan mengisi kekosongan ditinggalkan jurulatih Rionny Mainaky sejak awal 2023.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada PBSI kerana mempercayakan saya menjadi ketua jurulatih persorangan wanita. Ia merupakan satu kebanggaan bagi saya untuk menyumbang kepada badminton Indonesia dan pasukan kebangsaan yang selama ini menjadi impian saya.

Indra mewakili Indonesia bermula 1992 hingga 2000.

Pada Februari 2022, Zii Jia yang memilih bergerak secara profesional dengan meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) melantik Indra sebagai jurulatihnya namun kedudukannya itu hanya bertahan selama sembilan bulan.

Penamatan kontraknya diantara kedua-dua pihak dipanjangkan ke mahkamah selepas Indra mendakwa dirinya tidak dilayan secara adil.

Loading...
Terkini