Tumpuan :
Sukan

Badminton bakal sumbang pingat pertama

Foto: Skuad badminton negara di Universiade Chengdu

Oleh: Hasnida Hanim Ahmad Kamil

Chengdu, China: Skuad badminton negara bakal menyumbang pingat tambahan kepada Kontinjen Malaysia di Universiade Chengdu selepas melayakkan diri ke separuh akhir acara berpasukan campuran setelah menewaskan Hong Kong 3-1 sebentar tadi.

Mata pertama Malaysia diperolehi menerusi gandingan bereh2 campuran Wong Tien Ci dan Desiree Siow Hao Shan yang menewaskan Shing Choi Yeung dan Chi Yan Fu dengan 21-18, 21-17.

Ia diikuti kemenangan dalam acara perseorangan wanita menerusi Yap Rui Chen untuk Malaysia mendahului 2-0.

Yap yang menggantikan S.Kisona akibat kecederaan menang 21-17, 21-14 ke atas Saloni Samirbhai Mehta.

Bagaimanapun kejutan berlaku dalam acara perseorangan lelaki apabila Faiz Rozain tumpas straight set kepada Pak Ngai Mak 16-21, 11-21 untuk Hong Kong merapatkan kedudukan 1-2.

Namun gandingan bergu wanita Teoh Lexuan dan Ng Qi Xuan memberi kemenangan 3-1 buat Malaysia setelah menewaskan Hiu Yan Tsang dan Mau Ying Yang 21-17, 21-12.

Sekaligus Malaysia melangkah ke peringkat separuh akhir pagi esok menentang juara bertahan Taiwan. Apa pun keputusan perlawanan esok, satu lagi pingat sudah pun berada dalam genggaman kontinjen Malaysia setelah mengumpul 1 emas dan 3 gangsa setakat ini.

Loading...
Terkini