Tumpuan :
Sukan

BADMINTON: Azryn Ayub/ Wee Kiong cemerlang ke separuh akhir, Zii Jia kandas

 

Oleh: Saiyed Ismail Saiyed Hussin

KUMAMOTO: Beregu lelaki profesional Nur Mohd Azryn Ayub/ Tan Wee Kiong meneruskan kempen mantap mereka di Masters Jepun dengan melepasi halangan suku akhir.

Mereka yang menyingkirkan pasangan sensasi Goh Sze Fei/ Nur Izzuddin Mohd Rumsani di pusingan kedua semalam beraksi baik semasa pertembungan mendebarkan menentang Chiu Hsiang Chieh/ Wang Chi Lin.

Wakil negara itu mengambil masa selama 33 minit menewaskan lawan Taiwan menerusi keputusan 21-19, 21-19 untuk ke separuh akhir esok.

Sandaran utama perseorangan lelaki, Lee Zii Jia pula tersungkur di Kumamoto Prefectural Gymnasium di tangan Jonatan Christie.

Nasib lebih memihak pemain Indonesia itu dalam aksi yang diheret 64 minit menyaksikannya bangkit dari kekalahan 12-21 sebelum merakam catatan 21-18, 21-18.

Pilihan ketiga Goh Soon Huat/ Shevon Lai menjadi wakil tunggal beregu campuran di separuh akhir hasil kemenangan 21-16, 21-13 ke atas Hiroki Midorikawa/ Natsu Saito dari Jepun.

Satu lagi gandingan Hoo Pang Ron/ Cheng Su Yin pula kalah 17-21, 16-21 kepada wakil Thailand Dechapol Puavaranukroh/ Supissara Paewsampran.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini