Tumpuan :
Sukan

BADMINTION: Jun Hao rangkul gelaran juara di halaman sendiri

FOTO: BAM

KUALALUMPUR: Pemain kebangsaan, Leong Jun Hao memastikan skuad negara menutup saingan Masters KL 2023 dengan jayanya apabila muncul juara perseorangan lelaki.

Anak jati Kuala Lumpur itu memanfaatkan kelebihan beraksi di arena sendiri dengan menumpaskan pilihan utama Chia Hao Lee dengan aksi straight set.

Pemain berusia 24 tahun itu  menampilkan aksi mantap di permainan permulaan menyaksikan kedud-duanya kemudian terikat 20-20.

Jun Hao kemudian menyerap tekanan untuk meraih kemenangan awal 22-20.

Lawan dari Taiwan yang menghuni ranking dunia lebih tinggi di posisi ke-37 sentiasa mengasaknya selepas itu untuk mengubah nasib.

Namun Jun Hao terus menjarakkan mata hinggalah terlalu jauh untuk dikejar menyaksikannya menang 21-13.

Loading...
Terkini