Tumpuan :
Sukan

[VIDEO] Azraai Khor meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Dua hari selepas pemergian Khalid Ali, arena bola sepak negara kehilangan satu lagi permata berharga selepas jurulatih berpengalaman, Mohd Azraai Khor Abdullah meninggal dunia, hari ini.

Ia disahkan anak bongsunya, Nur Azryena Khor yang menjelaskan bapanya kelihatan lemah pagi tadi dan dibawa ke sebuah hospital di Alor Setar, sebelum meninggal dunia.

Bagaimanapun Nur Azryena memaklumkan pihaknya sedang menunggu laporan daripada doktor mengenai punca sebenar kematian bapanya.

“Saya bagi pihak keluarga memohon semua pihak terutama seluruh peminat bola sepak mendoakan arwah,” katanya ketika dihubungi.

Azraai yang dianggap sebagai antara jurulatih disegani dalam kancah bola sepak Malaysia pernah membimbing beberapa pasukan termasuk Kedah, Harimau Muda A, Negeri Sembilan, T-Team dan Kelantan.

Beliau pernah mencipta sejarah apabila membawa Kedah sebagai pasukan pertama memenangi ‘double treble’ pada 2007 dan 2008.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini