Tumpuan :
Sukan

Azizulhasni sahkan tempat untuk acara keirin 

KUALA LUMPUR: Datuk Azizulhasni Awang mengesahkan tempat ke pusingan suku akhir acara keirin pada Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Glasgow, Scotland, awal pagi tadi.

The Pocket Rocketman mempamerkan kayuhan bertenaga apabila menjadi pelumba pertama melintasi garisan penamat bagi mengungguli saringan pertama pusingan pertama di Velodrom Sir Chris Hoy.

Azizulhasni yang diberi julukan The Pocket Rocketman mengatasi pencabar terdekatnya yang juga pemenang pingat perak acara pecut dari Trinidad & Tobago, Nicholas Paul yang mengakhiri saingan di tempat kedua sekali gus turut mara ke suku akhir.

Pada perlumbaan suku akhir awal pagi esok, Azizulhasni diletakkan satu kumpulan bersama naib juara tahun lalu, Jeffrey Hoogland dari Belanda, Tom Cornish (Australia), Maximilian Dornbach (Jerman), Shinji Nakano (Jepun) dan Sam Dakin (New Zealand).

Empat pelumba terbaik dalam setiap saringan layak ke separuh akhir.Sementara itu, nasib tidak menyebelahi dua lagi pelumba negara, Shah Firdaus Sahrom dan adiknya, Ridwan Sahrom yang gagal meneruskan kemaraan ke suku akhir selepas terkandas pada pusingan repechage.

Loading...
Terkini