Tumpuan :
Sukan

Azam Azmi Murad digantung dua perlawanan, denda USD1,000

Azam Azmi Murad. – FOTO: FAM/ Facebook

Oleh Hasnida Hanim Ahmad Kamil

Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) menerusi mesyuarat Jawatankuasa Teknikal dan Etika mendapati pertahanan negara, Azam Azmi Murad bersalah dalam insiden kekasaran yang berlaku ketika Malaysia bertemu Vietnam di Stadium My Dinh, Hanoi pada 27 Disember 2022.

Ini menyebabkan dia digantung dua perlawanan dengan penggantungan automatik berlaku pada perlawanan menentang Singapura bagi Kejohanan Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa.

Hasil mesyuarat itu juga memutuskan Azam perlu membayar denda USD1000 (RM4,406) yang perlu dijelaskan dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan yang dibuat iaitu pada 2 Januari 2023.

Azam juga diminta berkelakuan baik dan tidak mengulangi perbuatan itu dan sekiranya ianya berlaku lagi, tindakan yang lebih tegas akan diambil keatasnya.

Pada perlawanan menentang Vietnam itu, Azam dilayangkan kad merah oleh pengadil Jepun, Ryuji Sato pada minit ke-62 selepas mengasari Doan Van Hau yang menyaksikan Harimau Malaya tewas 0-3.

Loading...
Terkini