Tumpuan :
Sukan

Australia mula terasa cabaran Uzbekistan

Pemain Uzbekistan, Oston Urunov (N0 11) cuba menghalang asakan Rahul Bheke dari India pada aksi Kumpulan B di Stadium Ahmed Bin Ali.- Foto ihsan AFC

DOHA: Meskipun muncul pasukan kedua mara ke kelompok 16 pasukan terbaik saingan Piala Asia 2023 selepas tuan rumah Qatar, Australia kini mula merasakan cabaran yang ditampilkan Uzbekistan.

Australia mendahului Kumpulan B dengan enam mata hasil dua kemenangan, namun kemenangan 3-0 Uzbekistan ke atas India semalam menyaksikan saingan selaku juara kumpulan kembali terbuka.

Uzbekistan kini cuma ketinggalan dua mata di belakang Australia dan pertemuan terakhir kedua-dua pasukan 23 Januari ini bakal menentukan siapa lebih layak untuk ditabal juara kumpulan.

Manakala Syria meniti haluan sukar selepas tewas 0-1 kepada Australia semalam dan terdahulu terikat tanpa  jaringan menentang Uzbekistan.

India pula sudah boleh melupakan hasrat untuk layak ke fasa kalah mati selepas tewas dua kali berturut-turut, perlawanan pertama kalah 0-2 di tangan Australia.

Pada aksi terakhir kumpulan,  India akan berdepan Syria yang pasti turun habis-habisan untuk meneruskan kemaraan, sekurang-kurangnya muncul pasukan ketiga terbaik.
k
Saingan kedua Kumpulan B semalam, Australia menang tipis 1-0 ke atas Syria hasil gol  Jackson Irvine pada minit ke-59.

Manakala kemenangan 3-0 Uzbekistan ke atas India menerusi jaringan Abbosbek Fayzullaev (m-4), Igor Sergeev (m-18) dan Sherzod Nasrullaez (m-45+4).

Loading...
Terkini