comscore
Tumpuan :
Sukan

AUG 2024: Skuad renang lepasi sasaran 7 emas

Foto Sukan IPT

SURABAYA: Kem renang negara sekali lagi menjadi penyumbang pingat emas pada saingan terakhir sukan berkenaan dengan satu pingat emas di temasya Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2024 di kolam renang Komite Olahraga Nasional Indonesia (KONI) di sini hari ini.

Dalam enam saingan yang disertai Malaysia, satu emas itu diperoleh menerusi Low Zheng Yong dalam acara 200 meter (m) kuak kupu-kupu lelaki dengan catatan 2 minit 08.48 saat (s) meninggalkan rakan sepasukan Liew Zheng Wye (2:10.23s) yang meraih pingat perak.

Skuad renang turut memperoleh gangsa menerusi Bryan Leong Xin Rin dalam acara 50m gaya bebas lelaki dengan catatan masa 23.05s dengan emas menjadi milik perenang Thailand, Kanteemool Tonnam manakala perak dimenangi perenang tuan rumah, Joe Aditya Wijaya Kurniawan.

Selain itu skuad negara turut merangkul gangsa menerusi Georgene Wee Ee Jern dalam acara 200m kuak kupu-kupu wanita dengan mencatat 2:23.96s dan kuartet negara dibarisi Bryan, Terence Ng Shin Jian, Hii Puong Wei dan Tan Khai Xin turut meraih gangsa dalam acara 4x100m berganti-ganti rampaian lelaki dengan catatan 3:58.54s.

Skuad renang negara melepasi sasaran tujuh emas pada kempen AUG 2024 dengan membawa pulang keseluruhan sembilan emas, tujuh perak dan 16 pingat gangsa sepanjang enam hari saingan sukan berkenaan. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini