Tumpuan :
Sukan

Atlet negara hargai pemberian ganjaran RM10,000 dari MILO

Oleh: Ima Liana Esa

KUALA LUMPUR: 56 atlet yang mewakili negara di Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris 2024 melahirkan rasa gembira dan berterima kasih kepada MILO atas penghargaan imbuhan RM10,000 yang diterima setiap seorang.

Atlet terjun negara, Bertrand Rhodict yang membuat penampilan sulung di Paris 2024 mengakui terharu menerima insentif berkenaan.

“Ini adalah tahun pertama saya mewakili Malaysia dalam temasya sukan berprestij seperti Paris 2024.

“Pengiktirafan serta ganjaran diberikan oleh MILO mendorong saya untuk berusaha lebih gigih untuk mengharumkan nama negara dalam Sukan Olimpik akan datang.

“Insentif ini akan membantu saya dari segi kewangan memandangkan saya akan memulakan pengajian di kolej tahun depan,” katanya.

Selain itu, perenang paralimpik, Imaan Aiman ​​Redzuan pula melihat sumbangan itu sebagai satu dorongan untuk semua atlet berusaha lebih gigih.

“Saya amat bersyukur apabila mendengar berita tentang insentif yang diberikan oleh MILO kepada semua atlet.

“Ini satu dorongan besar kepada semua atlet di Malaysia untuk berusaha lebih gigih dan jangan sesekali patah semangat dalam mengejar impian mereka dalam sukan,” katanya.

Nestle MILO sebagai penaja, mengumpulkan mereka dalam satu majlis istimewa penyerahan imbuhan.

Jelas ia mendatangkan rasa bangga dan terharu atlet negara selepas berusaha keras membawa nama malaysia ke acara terbesar global itu.

Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia berkata mereka teruja untuk meraikan pencapaian luar biasa 56 atlet Olimpik dan Paralimpik yang telah mewakili Malaysia di Paris.

Tambah Juan, dedikasi atlet negara kepada sukan mencerminkan nilai-nilai yang didukung oleh MILO selama lebih daripada 70 tahun.

“Komitmen MILO terhadap sukan Malaysia melangkaui penajaan. Kami telah bekerjasama dengan lebih daripada 20 persatuan sukan kebangsaan dalam pembangunan akar umbi.

“Setiap tahun kami menyokong lebih daripada 16,000 acara sukan yang memberi inspirasi kepada 7 juta rakyat Malaysia untuk menjalani kehidupan yang aktif dan sihat,” katanya.

@milomalaysia

Kecekalan Mereka, Kebanggaan Kita!🌟 MILO® menyumbang insentif RM10,000 kepada setiap atlet Olimpik dan Paralimpik sebagai tanda sokongan untuk terus melangkah lebih jauh! 💪🏼💚 #MILO#sukan #SukanMalaysia #AtletMalaysia #Olimpik #Paralimpik #SukanOlimpikdanParalimpikParis2024 #KitaSemuaTeamMAS fyp #trendingvideo

♬ original sound – MILO® Malaysia Official – MILO® Malaysia Official

Seramai 30 atlet menyertai temasya Sukan Olimpik Paris yang menyaksikan Malaysia pulang dengan 2 pingat gangsa disumbangkan Lee Zii Jia dan Soh Wooi Yik/ Aaron Chia menerusi acara perseorangan dan beregu lelaki.

Dikalangan 26 atlet Paralimpik pula menghadirkan 2 kilauan emas, masing-masing dari Cheah Liek Hou– Badminton, Bonnie Bunyau Gustin– Powerlifting diiringi perak olahraga Mohd Ziyad Zolkefli dan Datuk Abdul Latif Romly sementara Eddy Bernard menyumbang gangsa.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini