comscore
Tumpuan :
Sukan

ATLET: Kempen Kod Sukan Selamat diterapkan kepada kontinjen negara ke Sukan SEA

FOTO: Majlis Sukan Negara Malaysia / Facebook

BUKIT JALIL: Garis panduan mengenai persekitaran sukan yang selamat, selain menekankan peranan dan tanggungjawab semua pihak dalam menangani sebarang bentuk gangguan dan penderaan dalam sukan terus diperhebat dalam lanskap sukan tanah air.

Terbaharu, seramai 27 wakil sukan dan 12 wakil jurulatih menandatangani Akujanji Kod Sukan Selamat dalam majlis yang disaksikan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim di Majlis Sukan Negara semalam.

Mereka merupakan anggota kontinjen negara ke Sukan Asia Tenggara (SEA) yang diadakan di Kemboja kali ini.

FOTO: Majlis Sukan Negara Malaysia / Facebook

Ia merupakan sebahagian daripada program diatur dalam Perhimpunan Akhir Kontinjen Malaysia selama tiga hari sehingga esok.

Antara sukan terbaharu yang turut serta menyatakan persetujuan menjayakan Kod Sukan Selamat ialah Lumba Perahu Tradisional, Karate, Judo, Hoki, Olahraga dan Lawan Pedang.

Intipatinya ialah menerangkan peranan dan tanggungjawab semua pemegang taruh seperti atlet, jurulatih, badan sukan, ibu bapa dan organisasi berkaitan sukan serta mekanisme pelaporan sedia ada yang boleh digunakan semua penggiat sukan dalam melindungi dan menangani mereka daripada gejala tidak sihat dalam sukan seperti gangguan, penderaan termasuk aspek integriti secara menyeluruh.

Kod itu merangkumi tatacara kelakuan bakal diguna pakai untuk mengendalikan aduan mengenai gangguan dan penderaan dalam industri sukan sebelum digantikan dengan Akta Sukan Selamat pada masa akan datang.

Loading...
Terkini