comscore
Tumpuan :
Sukan

ASN2023: Kejayaan Shalin inspirasi buat saya – Natasha

KUALA LUMPUR: Atlet tenpin boling negara Natasha Mohamed Roslan bersyukur dapat merangkul gelaran Olahragawati Kebangsaan pada majlis Anugerah Sukan Negara (ASN) 2023 di sini, malam ini.

Kemenangan Natasha berjaya mengetepikan empat pencabarnya termasuklah pemenang pingat emas Sukan Asia Hangzhou, Nur Syazrin Mohamad Latif dari sukan pelayaran dan S Sivasangari (skuasy).

Turut berada dalam senarai pencalonan akhir adalah Nur Amisha Azrilrizal (Muay Thai) dan Nurul Alyani Jamil (boling padang).

Kejayaan kali pertama Natasha ini merealisasikan hasratnya yang mahu menggondol gelaran tersebut sejak bergelar atlet.

Beliau berkata kejayaan mentor dan legenda tenpin boling negara Datuk Shalin Zulkifli yang pernah dipilih sebagai Olahragawati Kebangsaan sebanyak lima kali sebelum ini memberi inspirasi buatnya untuk mengecapi nikmat kejayaan tersebut.

“Shalin selalu beri semangat sejak mengesan bakat saya dari Sukan Malaysia (Sukma). Beliau juga berpesan walaupun sudah menang tinggi mana sekali pun, sentiasa rendah diri, jangan berlagak dan sentiasa lakukan yang terbaik,” katanya.

Juara Kejohanan Dunia 2023 itu juga merasakan bintang skuasy negara S. Sivasangari dan Nurul Alyani Jamil sebagai pencabar utamanya.

Oktober lepas, atlet dari Selangor itu menamatkan kemarau 12 tahun Malaysia dengan memenangi pingat emas acara individu pada Kejohanan Dunia 2023 di Salmiya, Kuwait selepas mengenepikan cabaran rakan senegara Sin Li Jane, 2-1.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini