comscore
Tumpuan :
Sukan

Arul serah kepada KHM

Arul memberi arahan kepada pemain dalam perlawanan klafisikasi ke-5 dan ke-6 menyaksikan Malaysia menewaskan Kanada 3-1 menerusi penentuan shoot-out di Muscat, Oman, Ahad lalu. – FOTO: Ihsan KHM

SEPANG: Gagal membantu Speedy Tiger ke Sukan Olimpik Paris 2024,  A. Arul Selvaraj menyerahkan kepada Konfederasi Hoki Malaysia, KHM untuk menentukan kedudukannya selaku Ketua Jurulatih.

Menerima apa jua keputusan KHM, Arul bagaimanapun akan berjumpa Presiden KHM Datuk Seri Subahan Kamal bagi membincangkan sama ada beliau masih diberi mandat untuk mengendali pasukan negara yang diberi julukan Speedy Tigers itu atau tidak.

“Sepatutnya tugas saya hingga 31 Dis lepas, tapi saya sambung hingga kelayakan (Sukan Olimpik Paris 2024) ini, selepas ini saya bincang dengan Subahan itu sahaja.

“Sekiranya kami boleh sambung untuk bekerjasama, saya okey, kalau tiada saya boleh bergerak ke hadapan, Subahan banyak pasukan sokongan, jadi saya serah kepada beliau untuk buat keputusan,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabanga Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Skuad Speedy Tigers yang menamatkan kempen kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 di kedudukan kelima di Muscat, Oman selepas menewaskan Kanada menerusi penentuan pukulan shoot-out 3-1, selamat tiba di tanah air awal pagi tadi.

Arul berkata beliau sudah mempunyai perancangan tersendiri buat pasukan kebangsaan sekiranya badan induk hoki negara itu masih memberi peluang kepadanya untuk terus membimbing Speedy Tigers.

Katanya, beliau bersedia untuk mencurahkan idea dan perancangannya itu kepada presiden ketika sesi pertemuan mereka kelak.

“Kalau tak sambung dengan pasukan kebangsaan saya akan pulang ke Dublin, Ireland, saya ada akademi di sana balik dengan keluarga, tapi saya tak fikir semua itu, fokus saya, saya nak bincang dengan Subahan bagi tahu perancangan saya. Masih ada tugas belum selesai,“ katanya.

Arul telah membimbing skuad hoki lelaki negara sejak Ogos 2020 bagi menggantikan tugas bekas Ketua Jurulatih Roelant Olthmans.

Loading...
Terkini