comscore
Tumpuan :
Sukan

Arul mahu pemain sabar untuk pecah benteng Thailand

Skuad hoki negara memulakan cabaran Sukan Asia esok. – Foto MHC

HANGZHOU: Di atas memang tiada masalah buat skuad hoki negara meraih kemenangan pertama pada aksi pembuka tirai Kumpulan B menentang Thailand esok, apatah lagi dengan status Malaysia selaku pasukan ke-10 terbaik  dunia berbanding lawan yang menghuni tangga ke-54 dunia.

Namun awal lagi ketua jurulatih skuad kebangsaan, Arul Selvaraj membayangkan saingan sengit yang bakal diberi Thailand dengan taktikal berkubu di kawasan sendiri.

Justeru, Arul Selvaraj mengingatkan anak buahnya supaya dapat bermain dengan penuh kesabaran dalam usaha memecahkan ‘kedegilan’ lawan pada aksi di Gongshu Canal Sports Park Stadium,

“Kita tahu mereka akan hadir secara bertahan dan meminimumkan perbezaan gol selain mempertahankan maruah mereka,” kata Arul.

“Walaupun kita tampil sebagai pasukan pilihan, kita akan bermain mengikut sistem kita dan penuh kesabaran, dengan cara itu, gol yang kita cari akan datang,” tambah Arul yang dipilih sebagai jurulatih lelaki terbaik negara pada 2022.

Selepas menentang Thailand, Malaysia berdepan Oman, Selasa ini, Indonesia menjadi lawan ketiga pada 28 Oktober sebelum ujian paling getir bertemu Korea Selatan pada 30 September.

Malaysia mengakhiri kempen kumpulan menentang China pada 2 Oktober dan dua pasukan teratas kumpulan akan mara ke separuh akhir.

“Biasanya dalam perlawanan pertama mana-mana kejohanan, kegelisahan pasti dirasai. Tetapi saya yakin pemain kita baik-baik saja, menikmatilah suasana perlawanan dan saya harap mereka akan dapat berseronok ketika berdepan dengan pihak lawan dalam kejohanan,” ujar Arul yang jelas tidak mahu memberi tekanan kepada pemainnya.

Pada Sukan Asia di  Jakarta-Palembang 2018, Malaysia menjadi pasukan pilihan apabila  mara ke perlawanan akhir menentang Jepun, tetapi terlepas pingat emas,  tewas 1-3 dalam penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 6-6.

Loading...
Terkini