Tumpuan :
Sukan

Arif Aiman tersenarai sebagai bintang muda ke-2 termahal di Asia Tenggara

Arif Aiman Hanapi

KUALA LUMPUR: Saham bintang muda Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi terus meningkat apabila dia tersenarai dalam 11 bintang muda termahal di Asia Tenggara.

Media Thailand, Main Stand menyenaraikan 11 nama pemain muda paling bernilai dengan Arif Aiman berada di kedudukan kedua selepas pemain muda Thailand, Suphanat Mueanta.

Arif Aiman yang memenangi anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia diletakkan nilai pasaran sebanyak 400,000 euro (RM1.8 juta).

Nilai itu berdasarkan beberapa faktor terutama prestasi cemerlang Arif Aiman bersama skuad kebangsaan dan kelab JDT.

Selain itu, turut berada dalam senarai terbabit adalah pemain import Selangor FC dari Myanmar, Hein Htet Aung yang menduduki tempat ketiga dengan nilai pasaran RM811,017.

Anak kepada legenda Singapura, Ilhan Fandi pula menduduki di tangga kelapan dengan nilai pasaran RM695,203. – BERITA HARIAN

Senarai bintang muda termahal Asia Tenggara:
1. Suphanat Mueanta (Thailand) RM3.24 juta
2. Arif Aiman Hanafi (Malaysia) RM1.85 juta
3. Rizky Ridho (Indonesia) RM1.27 juta
4. Hein Htet Aung (Myanmar) RM810,000
5. Nguyen Phi Hoang (Vietnam) RM811,017
6. Sieng Chantea (Kemboja) RM695,203
7. Paul Bismarck Tabinas (Filipina) RM695,203
8. Ilhan Fandi (Singapura) RM695,203
9. Hakeme Yazid Said (Brunei) RM578,800
10. Solasak Thilavong (Thailand) RM347,000

Loading...
Terkini