comscore
Tumpuan :
Sukan

Arif Aiman pemain terbaik bulanan Liga Super PFAM Edisi Februari-Mac 2023

Foto: FAM

KUALA LUMPUR: Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi dipilih sebagai penerima Anugerah Pemain Terbaik Bulanan Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) bagi edisi Februari-Mac 2023.

Anugerah itu disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PFAM, Izham Ismail dalam satu majlis ringkas sebelum perlawanan Liga Super antara PDRM FC dan JDT di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam tadi.

Arif Aiman menerima peratusan undian tertinggi sebanyak 47.94% mengatasi empat calon lain iaitu Park Tae-su (Sabah – 43.38%), Fernando Forestieri (JDT – 4.78%), Faisal Halim (Selangor – 2.98% ) dan Ramadhan Hamid (PDRM FC – 0.92%).

Pemain berusia 20 tahun itu menerima hadiah plak, wang tunai bernilai RM2,000 dan produk minuman protein.

Foto: FAM

Anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFAM ini merupakan satu pengiktirafan kepada pemain-pemain bola sepak profesional daripada PFAM.

Sesi pemilihan dibuat melalui panel pemilih yang terdiri daripada pengamal media yang memilih dan menyenarai pendek lima calon setiap bulan dan undian akan dibuka selama seminggu kepada seluruh peminat bola sepak di Malaysia.

Peminat boleh membuat undian melalui desktop, laptop, telefon pintar atau tablet dan boleh menggunakan semua jenis pelayar (browser) melalui laman web rasmi PFAM iaitu www.pfam.my.

Loading...
Terkini