ATLANTA: Juara bertahan, Argentina menewaskan Kanada 2-0 dalam perlawanan pembukaan Copa America 2024 dengan penyerang, Julian Alvarez dan Lautaro Martinez meledak gol pada babak kedua untuk memastikan kemenangan pasukan itu.
Kanada menyerap tekanan dan mencipta beberapa peluang pada separuh masa pertama, walaupun Argentina hampir meraih jaringan menerusi Angel di Maria yang menyaksikan pemain itu mensia-siakan peluang keemasan.
Skuad kendalian Lionel Scaloni itu memecah kebuntuan empat minit selepas bersambung babak kedua menerusi gerakan yang berpunca daripada Lionel Messi sebelum disudahkan dengan jaringan Alvarez.
Kanada memberi tekanan hebat untuk memburu gol penyamaan, namun aksi mantap tonggak pertahanan yang diketuai bek tengah veteran, Nicolas Otamendi memberikan kestabilan buat Argentina.
Pemain gantian, Martinez memudian menyempurnakan hantaran Messi pada minit ke-88 untuk melengkapkan kemenangan Argentina. – REUTERS
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.