Tumpuan :
Sukan

Argentina bangkit rampas tiga mata dari Malaysia

Oleh: Saiyed Ismail Saiyed Hussin

POREC: Kempen pasukan hoki dewan negara di Piala Dunia di Croatia semakin berliku selepas mengalami kekalahan kedua kumpulan B.

Malaysia tumpas 2-5 kepada Argentina sekaligus mengekalkan kedudukan di posisi tercorot tanpa sebarang mata.

Skuad negara berada di landasan terbaik untuk merakam kemenangan pertama selepas Shamie Irfan Suhaimi meletakkan pasukan di hadapan minit (m) 12.

Dua gol Gaston Rodriguez selain satu dari Facundo Navarro kemudian mula mengubah nasib anak buah Mohd Rodhanizam Mat Radzi di Zatika Sport Centre.

Ketua pasukan Mohd Najmi Farizal Jazlan menjaringkan gol kedua untuk merapatkan keadaan m-39 namun skuad bimbingan Massimo Lanzano pantas meleburkan tentangan menerusi dua lagi jaringan dalam tempoh seminit berikutnya.

Aksi terakhir skuad negara di Porec ialah menentang juara Asia Iran, Khamis ini yang menewaskan Malaysia 7-1 pada perlawanan akhir di Kazakhstan Mei tahun lalu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini