Tumpuan :
Sukan

Arena Sukan Diperuntukkan RM374 Juta Dalam Bajet 2023 

KUALA LUMPUR: Arena sukan tanah air terus diberi perhatian kerajaan apabila memperoleh peruntukan keseluruhan sebanyak RM374 juta menerusi Bajet 2023.

Jumlah itu terkandung di dalam bajet bernilai RM372.3 bilion yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz di parlimen hari ini.

Ia merangkumi beberapa pembahagian penting arena sukan tanah air bagi tahun hadapan:

– RM145 juta untuk menyelenggara, menaik taraf dan membina kemudahan sukan seluruh negara

– RM154 juta bagi menjayakan pembangunan ekosistem sukan menyeluruh (bakat baharu, latihan, kelengkapan fasiliti dan pertandingan

– RM20 juta untuk membuka peluang belia dalam sukan permotoran di platform yang betul (pembangunan litar drag)

– RM13 juta kepada e-sukan

– Potongan cukai bagi yang menyumbang kepada NGO yang terlibat dalam sukan di peringkat akar umbi

– RM12 juta untuk pembangunan sukan OKU (Para)

– RM5 juta kepada Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB)

– RM15 juta kepada Agenda Nasional Malaysia Sihat

– RM10 juta untuk aktiviti tahunan Hari Sukan Negara & Jelajah Fit Malaysia

Semasa pembentangannya Datuk Seri Tengku Zafrul turut mengucapkan tahniah kepada wira dan wirawati atlet negara antaranya Aaron Chia/ Soh Wooi Yik yang membawa pulang gelaran juara dunia beregu lelaki tahun ini dan mereka yang cemerlang di Sukan Para ASEAN dalam masa sama menyeru penglibatan aktif rakyat menjayakan sambutan Hari Sukan Negara esok.

Loading...
Terkini