PETALING JAYA: Prestasi Kelantan dalam Liga Super terus dipertikaikan apabila tewas 2-11 kepada pasukan tangga kedua liga, Selangor.
Apa tah lagi kekalahan itu dialami Kelantan ketika beraksi di gelanggang sendiri di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu sebentar tadi.
Artikel berkaitan: BOLA SEPAK: Liga Super Wanita Kuala Lumpur tarik penyertaan 10 pasukan
Lebih mengejutkan apabila Kelantan dalam perlawanan itu berjaya mendahului 2-0 pada awal permainan menerusi gol oleh Natanael Siringoringo pada minit ke-5 dan Fazrul Amir minit ke-13.
Selepas itu, aksi Kelantan tiba-tiba merudum apabila membenarkan Selangor bangkit memintas untuk kedudukan 4-2 sehingga tamat separuh masa pertama.
Selangor berpesta gol apabila menjaringkan 7 gol lagi pada babak berikutnya.
Artikel berkaitan: Bekas pemain Liga Super mengaku tidak bersalah tuduhan pecah rumah & miliki barang curi
Aryon del Valle paling cemerlang apabila menyumbang 4 gol; Richmond Boakye 3 gol; Faisal Halim 2 gol dan masing-masing satu gol menerusi Yohandry Orozco dan Shahrul Nazeem.
Kekalahan itu meletakkan Kelantan kekal di tangga kedua tercorot dengan 8 mata selepas 21 perlawanan.
Selangor semakin selesa di tangga kedua dengan 49 mata selepas 22 perlawanan, beza 6 mata dengan pasukan tangga ketiga, Kedah yang mengumpul 43 mata selepas 20 perlawanan.
Johor Darul Ta’zim JDT kekal di tangga teratas dengan 60 mata penuh daripada 20 perlawanan.