comscore
Tumpuan :
Sukan

[VIDEO] Apa khabar? Harap semua sihat belaka – Faisal Halim 


Oleh: Fariz Fikri Zolkarnain

SHAH ALAM: Pemain Selangor FC, Faisal Halim hari ini membuat kemunculan pertama di khalayak ramai dengan seribu satu perasaan.

Namun apa yang menarik perhatian, Faisal memulakan perbualannya dengan bertanyakan kesihatan semua pihak.

“Salam sejahtera semua. Apa khabar? Harap semua sihat belaka.

“Pertama kali saya ingin memanjatkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana dengan izin-NYA saya dapat bersama anda semua.

“Saya juga menjunjung kasih dengan jutaan setinggi-tinggi terima kasih kepada Duli Yang Maha Mulia, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Duli Yang Teramat Mulia, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah,” katanya yang turut mengucapkan terima kasih kepada pengurusan Selangor FC, keluarga dan seluruh rakyat Malaysia.

Pada masa sama, Faisal yang ditemui pada sidang media khas di Pusat Latihan Selangor FC itu turut mengakui rindu untuk kembali bermain bola sepak.

Pemain Selangor FC, Faisal Halim pada sidang media penampilan pertama selepas insiden simbah asid di Pusat Latihan Selangor FC, Shah Alam. -FOTO: NSTP

“Sejujurnya saya amat rindukan bola sepak baik berlatih mahupun bermain. Bukan mudah untuk terlantar di rumah dengan sekadar menonton pasukan Selangor dan Malaysia bermain melalui televisyen.

“Kaki memang menggigil, hati memang meronta-ronta untuk bermain. Namun buat masa sekarang saya fokus untuk pemulihan sebelum saya boleh kembali menyertai pasukan seperti sebelum ini,” katanya.

Untuk rekod, Faisal menjadi mangsa simbahan asid di sebuah pusat beli belah pada 5 Mei lalu.

Selepas melalui empat pembedahan, Faisal kemudian dibenarkan pulang pada 25 Mei sebelum ditempatkan di satu lokasi rahsia sehingga kini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini