comscore
Tumpuan :
Sukan

Amsyar terkejut pertahan gelaran juara remaja dunia woodball

Pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perlis, Amsyar Sirhan Saifullah Saharruddin muncul juara remaja dunia Kejuaraan Woodball Piala Dunia 2024 di Shaoxing, China baru-baru ini. FOTO IHSAN UiTM

KUALA LUMPUR: Pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perlis, Amsyar Sirhan Saifullah Saharruddin berjaya mempertahankan gelaran juara remaja dunia pada Kejuaraan Woodball Piala Dunia 2024 di Shaoxing, China baru-baru ini.

Bagaimanapun, pemain itu berdepan cabaran sengit dalam mempertahankan mahkotanya apabila terpaksa bersaing menentang pemain dari Taiwan, Ting Hsuan-Jen pada ‘gate’ terakhir di perlawanan akhir ketiga.

Namun ketenangan dan pengalaman yang dimiliki membantu Amsyar menamatkan pukulan dengan mata 129 sekali gus dinobatkan sebagai juara remaja dunia buat kali kedua berturut-turut.

Selain dinobatkan sebagai juara remaja dunia, Asmyar juga turut bergelar naib juara dalam kategori remaja berpasukan bersama rakan seperjuangan iaitu Adam Mukriz, Muhammad Aiman Haizad dan Muhamad Norfazli Fitri.

Sementara itu, Amsyar berkata, kejayaannya pada temasya kali ini dibantu dengan persiapan rapi selama empat minggu dan gelaran juara remaja dunia jelas boleh dianggap mengejutkan memandangkan dia hanya mensasarkan untuk menduduki kelompok lima teratas.

“Semasa latihan persiapan, saya lebih fokus berkenaan dengan teknik-teknik hayunan tangan saya kerana ianya penting bagi mengekalkan hayunan yang betul.

“Pesaing-pesaing di kejohanan ini semuanya amat hebat dan ia sedikit menganggu tahap emosi saya. Jadi saya tidak berlatih dan berehat secukupnya seminggu sebelum kejohanan ini bermula,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini