Tumpuan :
Sukan

Amorim tiba di Old Trafford untuk mulakan tugas

AMORIM tiba di pangkalan latihan United untuk memulakan tugas sebagai pengendali baharu pasukan itu. -FOTO X

MANCHESTER, England: Era baharu Manchester United bermula semalam apabila Ruben Amorim tiba di bandar raya itu untuk memulakan tugas getir mengembalikan semula kegemilangan kelab gergasi Inggeris itu.

Jurulatih warga Portugal itu mengucapkan selamat tinggal kepada Sporting Lisbon penuh bergaya kelmarin, memastikan kebangkitan menakjubkan 4-2 ke atas bekas kelabnya Braga – kemenangan ke-11 dalam 11 perlawanan liga.

Suasana di Manchester dilonjakkan dengan tiga kemenangan dalam empat perlawanan bagi semua pertandingan sejak bos sementara Ruud van Nistelrooy mengambil alih daripada Erik ten Hag yang dipecat.

Namun Amorim menyedari tugas besarnya di United, yang terdampar di tangga ke-13 dalam carta Liga Perdana Inggeris selepas hanya mencatat empat kemenangan dalam 11 perlawanan.

United mengumumkan ketibaannya di pusat latihan mereka awal pagi tadi, mengesahkan tidak lama kemudian Van Nistelrooy sudah meninggalkan kelab itu. – AGENSI

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini