comscore
Tumpuan :
Sukan

Amorim sah pengurus baharu United

Ruben Amorim akan memulakan tugasnya sebagai pengurus baharu Manchester United pada 11 November ini. – FOTO: Ihsan Manchester United/ Facebook

LONDON: Ruben Amorim sah dilantik sebagai pengurus baharu Manchester United bagi menggantikan Erik ten Hag yang dipecat.

Jurulatih Portugal berusia 39 tahun yang memenangi dua gelaran Liga Primeira bersama Sporting Lisbon itu menandatangani kontrak sehingga 2027 dan akan menyertai kelab berkenaan pada 11 November ini.

“Manchester United dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Ruben Amorim sebagai ketua jurulatih pasukan lelaki utama, tertakluk kepada keperluan visa kerja.

“Beliau akan bersama pasukan sehingga Jun 2027 dengan pilihan tambahan selama setahun, sebaik sahaja beliau menyelesaikan tanggungjawabnya bersama kelab semasa,” kata United di laman web rasmi mereka.

United menggambarkan Amorim sebagai salah seorang jurulatih muda yang paling menarik dan berkaliber tinggi dalam bola sepak Eropah.

Ruud van Nistelrooy akan terus mengendalikan pasukan sehingga Amorim tiba di Old Trafford.

United memecat Ten Hag, Isnin lalu selepas kekalahan 1-2 di tangan West Ham yang menyebabkan mereka berada di kedudukan ke-14 Liga Perdana Inggeris, dengan hanya tiga kemenangan daripada sembilan perlawanan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini