Tumpuan :
Sukan

 Alves dipenjara empat setengah tahun kerana merogol

FOTO: Reuters

BARCELONA: Bekas bintang bola sepak Brazil, Dani Alves dijatuhi hukuman penjara empat setengah tahun oleh mahkamah Sepanyol selepas didapati bersalah merogol seorang wanita muda di kelab malam Barcelona pada Disember 2022.

Alves, pemenang tiga kali Liga Juara-Juara yang pernah menjadi tonggak Barcelona, Juventus dan Paris Saint Germain itu, turut diarahkan menjalani pemantauan selama lima tahun selepas hukuman penjara dan bayaran €150,000 (RM777,636) sebagai pampasan kepada mangsa.

“Mangsa tidak bersetuju dan terdapat bukti di luar keterangan pengadu, bahawa ia adalah kesalahan merogol,” jelas mahkamah Barcelona dalam satu kenyataan.

“Mahkamah menganggap bahawa defendan secara tiba-tiba merangkul pengadu, menolaknya ke lantai dan merogol, selain menghalangnya daripada bergerak, tatkala pengadu menolak perbuatan itu dan mahu melarikan diri.”

Alves, 40 ditahan pada Januari 2023 dan menjadi tumpuan di Sepanyol.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini