comscore
Tumpuan :
Sukan

Aksi Man City-Liverpool ibarat final

Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp (kiri) akan bertandang ke Stadium Etihad bertemu Manchester City kendalian Pep Guardiola (kanan) malam esok. – FOTO: AGENSI

LONDON: Liga Perdana Inggeris (EPL) kembali malam esok dengan pendahulu, Manchester City akan melayan kunjungan Liverpool yang hadir sebagai pesaing utama kejuaraan musim ini.

City, yang mempunyai kelebihan satu mata di puncak liga, dalam pemburuan kejuaraan keempat berturut-turut.

Musim lalu mereka diancam oleh Arsenal yang masih mempunyai peluang untuk menebus kekecewaan selepas dipintas oleh anak buah Pep Guardiola pada kempen sebelum ini.

Liverpool, yang menamatkan saingan musim lalu di tempat kelima, 22 mata di belakang City, tampil lebih meyakinkan kali ini.

“Saya rasa mereka adalah dua pasukan terbaik di dunia sekarang. Saya rasa satu-satunya cara untuk melihat perlawanan ini ialah menganggapnya seperti final,” kata pertahanan Liverpool, Kostas Tsimikas.

Liverpool kendalian Jurgen Klopp tewas 1-4 kepada City pada April dan anak buah Guardiola kini mempunyai rekod 23 kemenangan di Stadium Etihad dalam semua pertandingan.

Namun Liverpool mempunyai alasan tersendiri untuk bertandang ke Etihad dengan keyakinan yang mereka mampu mengatasi tuan rumah.

Dalam perlawanan terakhir sebelum rehat aksi antarabangsa, City dibolosi empat kali sebelum seri menentang Chelsea.

Mereka juga kehilangan beberapa pemain seperti Kevin de Bruyne, John Stones, Mateo Kovacic dan Nathan Ake yang tidak dapat beraksi akibat kecederaan.

Peledak City, Erling Haaland dijangka boleh diturunkan walaupun mempunyai masalah buku lali dan penyerang Norway itu masih belum berupaya membolosi gawang Liverpool.

Sekiranya beraksi dan menjaringkan gol, Haaland akan mencapai 50 gol EPL dalam 48 penampilan, mengatasi rekod Andy Cole yang melakukannya dalam 65 perlawanan. – REUTERS

Loading...
Terkini