comscore
Tumpuan :
Sukan

ACT: Malaysia benam China 5-1

Pemain Malaysia bergembira selepas menjaringkan gol ketika menentang China di Trofi Juara-Juara Asia (ACT) 2023 di Chennai, India malam tadi. – Foto: Ihsan AHF.

KUALA LUMPUR: Skuad hoki lelaki kebangsaan mencatat kemenangan kedua daripada dua perlawanan di Trofi Juara-Juara Asia (ACT) 2023.

Pada perlawanan kedua itu malam tadi, Malaysia menundukkan China 5-1; sekali gus mengulangi pencapaian mengalahkan Pakistan 3-1 pada perlawanan pertama mereka tiga hari lalu.

Perlawanan berlangsung di Stadium Mayor Radhakrishnan di Chennai, India.

Disebalik keputusan selesa itu, aksi awal Malaysia agak longgar hingga membolehkan China membuka jaringan seawal minit keempat menerusi jaringan padang Chen Chongcong.

Selepas itu baharu aksi Malaysia tampak lebih ‘menyeluruh.’

Bermula jaringan penyamaan oleh Faizal Saari pada minit ke-11, berikutnya Malaysia menambah empat gol lagi.

Masing-masing menerusi Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal pada minit ke-15; Muhammad Firhan Ashaari dua gol pada minit ke-45 dan minit ke-49 serta menerusi Najmi Farizal Jazlan pada minit ke-57.

Pada perlawanan ketiga esok, Malaysia akan berdepan tuan rumah, India.

Loading...
Terkini