comscore
Tumpuan :
Sukan

Aaron-Wooi Yik wakil tunggal negara ke final Terbuka China

Foto: Ihsan Badminton Photo

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik hanya selangkah lagi untuk menamatkan penantian meraih gelaran sulung dalam saingan Jelajah Dunia BWF selepas mengesahkan kemaraan ke final Terbuka China, sebentar tadi.

Pasangan ranking nombor enam dunia itu mara selepas menyingkirkan juara dunia dari Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae 21-18, 21-17 pada aksi separuh akhir yang berlangsung di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik di Changzhou.

Kemenangan itu turut menyaksikan Aaron-Wooi Yik berjaya melunaskan dendam ke atas lawan berkenaan yang menewaskan mereka ketika separuh akhir Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark, bulan lalu.

Ini adalah kali ketiga Aaron-Wooi Yik berjaya melangkah ke pentas final musim ini selepas Terbuka India pada Januari dan Terbuka Indonesia, Jun lalu yang menyaksikan mereka muncul naib juara.

Menanti pasangan negara itu di pentas final, esok adalah pilihan ketiga kejohanan dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang.

Sebagai rekod, satu-satunya beregu lelaki negara yang pernah menjulang kejuaraan Terbuka China adalah pasangan Datuk Seri Jalani Sidek-Datuk Razif Sidek pada edisi 1989.

Loading...
Terkini