Tumpuan :
Sukan

Aaron-Wooi Yik Tepati Ramalan Ke Separuh Akhir

Wooi Yik melihat raketnya bengkok ketika menentang pasangan India di suku akhir Terbuka Denmark. – FOTO: Badminton Photo

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menepati ramalan apabila mara ke separuh akhir badminton Terbuka Denmark di Jyske Bank Arena, Odense sebentar tadi.

Beregu nombor empat dunia itu mara selepas menewaskan gandingan India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty 21-16, 21-19 pada aksi suku akhir yang berlangsung selama 41 minit.

Kemenangan itu sekali gus membolehkan Aaron-Wooi Yik mengekalkan rekod tanpa kalah dalam tujuh pertemuan menentang pasangan nombor lapan dunia itu.

Di separuh akhir esok, mereka akan menentang pemenang perlawanan antara beregu Indonesia iaitu Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin dan Marcus Fenaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo.

Terdahulu, beregu campuran negara, Goh Son Huat-Shevon Lai turut mara ke separuh akhir selepas mengejutkan gandingan Jepun, Yuta Watanabe-Arisa Higashino 21-18, 21-14. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini