comscore
Tumpuan :
Sukan

Aaron / Wooi Yik bangkit setelah jauh ditinggalkan, elak pulang awal di Finland

Oleh: Saiyed Ismail Saiyed Hussin

VANTAA: Beregu kebangsaan Aaron Chia/ Soh Wooi Yik terselamat dari penyingkiran awal Terbuka Finland selepas menundukkan Chen Bo Yang/ Liu Yi hari ini.

Aksi pusingan pertama di Energia Areena itu pada mulanya seakan memihak lawan dari China, namun kedua-duanya memperaga kebangkitan baik setelah ketinggalan 6-11 pada satu ketika.

Aaron/ Wooi Yik kemudian merakam kemenangan 21-18 sebelum tidak lagi lawan melakukan perkara sama di set kedua.

Sekali lagi catatan mendebarkan 21-18 memihak pilihan ketiga itu membolehkan mereka melangkah ke peringkat seterusnya selepas bermain selama 45 minit.

Menanti selepas ini ialah pemenang diantara wakil Republik Czech Jiri Kral/ Ondrej Kral
atau pun Ben Lane/ Sean Vendy dari England.

Loading...
Terkini