comscore
Tumpuan :
Sukan

Aaron Chia dan Soh Wooi Yik mara ke pusingan kedua Terbuka Denmark

Foto: BAM

PETALING JAYA: Selaku pilihan ke-5 kejohanan, beregu utama negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik menepati ramalan apabila mudah  melangkah ke pusingan kedua.

Pada pusingan pertama malam ini, Aaron dan Wooi Yik tidak berdepan masalah mengalahkan pasangan yang mendudukki ranking ke-33 dunia dari Perancis, Christo Popov dan Toma Junior Popov.

Pasangan negara menang 21-16, 21-18  cuma dalam tempoh 35 minit.

Aaron dan Wooi Yik bakal berdepan cabaran sebenar apabila dijadual menentang juara tiga kali dunia, beregu berpengalaman Indonesia, Mohamad Ahsan dan Hendra Setiawan.

Mohamad dan Hendra mara ke pusingan kedua selepas menundukkan pasangan senegara Pramudya Kusumawardana dan Yeremia Rambitan 30-28, 21-15.

Loading...
Terkini