comscore
Tumpuan :
Sukan

Aaron Chia/Soh Wooi Yik lengkapkan kemaraan tiga wakil Malaysia ke separuh akhir

Aaron Chia/Soh Wooi Yik bangkit untuk mara ke separuh akhir atasi Ong Yew Sin/Teo Ee Yi. – Foto: BAM/ Facebook

CHANGZHOU, CHINA: Pertembungan sesama sendiri beregu negara Aaron Chia dan Soh Wooi Yik pada saingan suku akhir menentang gandingan profesional, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi menyaksikan kemenangan berpihak kepada Aaron/Wooi Yik.

Begitupun Aaron dan Wooi Yik terpaksa bangkit daripada kekalahan set pertama, sebelum menamatkan cabaran Yew Sin/Ee Yi pada perlawanan sengit yang memakan masa 1 jam 2 minit itu.

Yew Sin dan Ee Yi menampilkan aksi kemas pada set pertama apabila menang 21-19, namun sukar meneruskan penguasaan dengan kebangkitan yang berjaya dilakukan Aaron/Wooi Yik pada set kedua.

Menang juga dengan mata 21-19 pada set kedua, keyakinan Aaron/Wooi Yik nyata tidak mampu lagi dicabar Yew Sin/Ee Yi.

Tiket ke separuh akhir sah milik Aaron dan Wooi Yik apabila mengakhiri set penentuan kemenangan mudah 21-11.

Mereka kini menanti pemenang pertemuan diantara pilihan ke-6 dari Korea, Kang Min Hyuk dan Seo Seung Jae yang menentang gandingan Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri dan Bagas Maulana pada satu lagi aksi suku akhir malam ini.

Loading...
Terkini