comscore
Tumpuan :
Sukan

3 nama dalam radar KLFA isi jawatan Setiausaha Agung

KUALA LUMPUR: Tiga nama kini berada dalam radar Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) bagi mengisi jawatan Setiausaha Agung yang baharu.

Antara nama yang dikaitkan adalah Timbalan Presiden baharu KLFA, Datuk Kamarudin Hassan; Naib Presiden baharu KLFA, Senator Datuk Hisamudin Yahaya dan Setiausaha Agung ketika ini, Nokman Mustaffa.

Ketika ditanya kepada Presiden KLFA, Syed Yazid Syed Omar mengenai khabar angin itu, beliau tidak menolak kemungkinan calon-calon berkenaan untuk dilantik sebagai Setiausaha Agung KLFA.

Begitupun katanya, beliau perlu membawa perkara berkenaan dan dibincangkan bersama Ahli Majlis Mesyuarat (Exco) KLFA yang pertama pada hujung bulan ini sebelum memutuskan siapa yang layak.

“Bayangan siapa calon masih belum difikirkan. Perkara ini perlu dibincangkan dengan teliti bersama barisan Exco nanti di mana masing-masing boleh memberi input-input dan pandangan.

“Saya terbuka walau siapapun calon itu. Tetapi biarlah orang itu benar-benar berkaliber kerana tugas sebagai Setiausaha Agung cukup mencabar khususnya dalam usaha saya untuk membawa perubahan kepada landskap bola sepak di Kuala Lumpur ini.

“Apapun kita tunggu dan lihat sehingga 30 Oktober ini di mana kita akan buat mesyuarat Exco yang pertama nanti,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini