RIYADH: Denzel Dumfries meledak kedua-dua gol ketika Inter Milan menundukkan Atalanta 2-0 di Riyadh awal pagi tadi untuk menempah tempat ke final Piala Super Itali.
Pemain kebangsaan Belanda itu meletakkan penyandang juara Serie A di depan menentang pendahulu liga musim ini empat minit selepas rehat dengan satu penamat akrobatik dari jarak dekat.
Dumfries menyumbat masuk gol keduanya selepas sejam dengan rembatan padu dari penjuru kotak penalti untuk memastikan tempat Inter di final Isnin ini menentang sama ada Juventus atau AC Milan.
Pemenang Piala Itali musim lalu, Juventus berdepan Milan awal pagi esok pada separuh akhir kedua pertandingan empat pasukan itu di Arab Saudi, yang menjadi hos Piala Super buat tahun ketiga berturut-turut.
Sergio Conceicao akan mengendalikan perlawanan pertamanya sebagai jurulatih Milan selepas beliau dilantik menggantikan Paulo Fonseca awal minggu ini. – AGENSI
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.