KUALA LUMPUR: Penyokong skuad Harimau Malaya boleh mendapatkan tiket bagi saingan peringkat Kumpulan A Piala Asean 2024 bermula hari ini.
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi laman Facebook rasminya mengumumkan penetapan harga RM30 bagi tempat duduk terbuka, RM50 (grandstand) dan RM60 (premium), manakala tiket kanak-kanak dijual pada harga RM5.
Tiket boleh didapati menerusi laman sesawang www.tickethotline.com.my.
Stadium Nasional akan menjadi tuan rumah melibatkan aksi Malaysia menentang Timor Leste pada 11 Disember, dan Singapura pada 20 Disember.
Skuad kendalian Pau Marti Vicente akan memulakan kempen menentang Kemboja pada 8 Disember di Phnom Penh, sebelum menghadapi cabaran juara bertahan Thailand pada 14 Disember di Bangkok.
Kumpulan B pula dibarisi naib juara Vietnam, Indonesia, Filipina, Myanmar dan Laos.
Hanya dua pasukan teratas akan layak ke separuh akhir, dan aksi separuh akhir serta final dilangsungkan mengikut format timbal balik. –BERNAMA
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.