comscore
Tumpuan :
Sukan

Soon Huat-Shevon, Sze Wei-Izzuddin ke separuh akhir Terbuka China

Goh Soon Huat-Shevon Lai tundukkan beregu nombor dua dunia untuk mara ke separuh akhir.-Foto: BAM

PETALING JAYA: Dua beregu negara meneruskan cabaran Malaysia pada separuh akhir Badminton China selepas mengatasi lawan masing-masing pada suku akhir Changzhou, China sebentar tadi.

Paling mencuri tumpuan beregu campuran, Goh Soon Huat-Shevon Lai yang menundukkan pasangan tuan rumah, juga gandingan nombor dua dunia, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin.

Soon Huat-Shevon menang 23-21,21-16 cuma dalam tempoh 34 minit.

Lawan mereka pada separuh esok, satu lagi gandingan tuan rumah, Cheng Xing-Zhang Chi.

Goh Sze Fei-Izzuddin Rumsani (kiri) ke separuh akhir atasi beregu senegara Wei Chong-Tee Kai Wun.- Foto: BAM

Sementara itu pertemuan suku akhir beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Izzuddin Rumsani dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun  yang bertemu sesama sendiri tetap berlangsung sengit.

Sze Wei-Nur Izzuddin yang tampil selaku pilihan ke-7 nyata tidak diberi laluan mudah.

Mereka terpaksa berhempas pulas sebelum mengalahkan Wei Chong-Kai Wun 21-19.21-18 pada perlawanan yang berlarutan 44 minit.

Lawan Sze Wei-Shevon pada separuh akhir esok pemenang di antara beregu Indonesia Muhammad Shohibul Fikri- Daniel Marthin dan gandingan Denmark, Rasmus Kjaer- Frederik Sogaard.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini