KUALA TERENGGANU: Aksi perlumbaan Le Tour de Langkawi 2023 yang memulakan kayuhannya esok menyaksikan sesi pengenalan pasukan berlangsung siang tadi.
Peringkat pertama perlumbaan esok, tiga zon pecut dan dua zon bukit menjadi rebutan menerusi jarak perlumbaan sejauh 187.4 kilometer bermula di Kerteh menuju ke Kuala terengganu.
Perlumbaan keseluruhan kali ini merangkumi 8 peringkat sejauh 1,278 kilometer yang berakhir di Kuala Lumpur.
Antara yang pasti menjadi tumpuan pelumba berpengalaman, Mohd Harrif Saleh, dia akan membuat penampilan kali ke 14 Le Tour de Langkawi, satu rekod baru mengatasi rekod 13 penampilan Ghader Mizbani dari Iran.
Selain cabaran buat pelumba, penganjur turut melakukan persiapan awal memandangkan situasi cuaca yang tidak menentu.
Langkah-langkah alternatif sudah pun disiapkan penganjur sekiranya ada laluan perlumbaan yang mungkin terkesan dengan insiden banjir ini.
Terutamanya laluan bagi peringkat ketiga perlumbaan dari Jeli, Kelantan menuju ke Baling, Kedah, yang berlangsung Isnin ini.
| ARTIKEL BERKAITAN