comscore
Tumpuan :
Sukan

1,000 pesilat bakal beraksi di Kejohanan Silat PSSCM kali ke-10

GONG BADAK: Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Kampus Gong Badak, Terengganu bakal digegarkan dengan aksi tangkas pesilat dalam pertandingan Kejohanan Wajadiri PSSCM IPT dan Jemputan Kali Ke-10 (KWD).

UniSZA tampil kali pertama bergelar tuan rumah pada kejohanan anjuran Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia dan Persatuan Seni Silat Cekak Cawangan Terengganu yang dijadual berlangsung pada 9 & 10 Ogos 2024 di Dewan Al-Muktafi Billah Shah..

KWD ke 10 mula dipertandingkan pada tahun 2007 di mana penganjuran kali terakhir telah diadakan di Universiti Selangor (UniSEL), Bestari Jaya pada 2019.

Setelah tertangguh akibat wabak virus yang melanda seluruh dunia, kini KWD kembali bagi mengubati keterujaan pesilat-pesilat untuk mempamerkan aksi tangkas mereka.

Buat julung kali, KWD pada kali ini bakal menampilkan kategori baharu iaitu Kategori Tunas Cekak melibatkan pesilat seawal usia 10 tahun dari sekolah-sekolah seluruh negara.

Terdapat 25 buah pasukan sekolah menghantar pesilat pada kejohanan yang bertaraf kebangsaan ini.

Selain itu, bagi menerusi tradisi kejohanan-kejohanan sebelum ini, 31 pasukan Kategori Institusi Pengajian dan 14 pasukan Cawangan Negeri akan turut mempamerkan ketangkasan dan kreativiti masing-masing.

Secara keseluruhan sebanyak 70 pasukan akan bertanding memburu kejuaraan.

Prof. Datuk Dr. Fadzli Adam, Naib Canselor UniSZA mengalu-alukan kunjungan hormat wakil PSSCM. (Foto ihsan PSSCM)

Prof. Datuk Dr. Fadzli Adam, Naib Canselor UniSZA menyokong penuh pemilihan UniSZA sebagai tuan rumah kejohanan yang berprestij ini, yang sudah tentu satu kebanggaan dan memberikan impak besar buat mahasiswa UniSZA dan citra universiti itu sendiri.

Tanda penghormatan kepada PSSCM selaku penganjur, penggunaan Dewan Konvokesyen UniSZA ini dilihat sesuai dengan taraf penganjuran program peringkat kebangsaan seperti KWD10.

Beliau amat berharap KWD10  mencapai objektif untuk menyebarluas keistimewaan seni bela diri Melayu  kepada seluruh masyarakat setempat dan seterusnya mengukuhkan jati diri bangsa selaras dengan nilai teras kesejahteraan Malaysia Madani.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini