comscore
Tumpuan :
Sukan

10 pemain Al Nassr pastikan tiket ke aksi kalah mati

Ronaldo dan pemain Al Nassr meraikan kejayaan layak ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Asia. FOTO: Reuters

RIYADH: Al Nassr yang beraksi 10 pemain, berjaya menempah tiket ke pusingan kalah mati pada saingan Liga Juara-Juara Asia selepas mengikat kelab dari Iran, Persepolis dengan keputusan seri 0-0 di Riyadh.

Satu mata berharga itu sudah memadai buat Al Nassr mengesahkan kedudukan teratas Kumpulan E biarpun masih memiliki satu perlawanan dan Persepolis turut berpeluang meneruskan kemaraan selaku tiga terbaik di tangga kedua sekiranya menewaskan kelab Qatar, Al-Duhail pada 5 Disember.

Al-Duhail sudahpun tersingkir meskipun menumpaskan wakil Turkmenistan,  Istiklol 2-0 di Doha.

Hanya juara kumpulan yang layak ke kelompok terakhir 16 pasukan.

Pada pertemuan Al-Nassr dan Perpolis, kelab Arab Saudi itu terpaksa beraksi 10 pemain selepas Al Lajami dilayangkan kad merah seawal minit ke-17 susulan kekasaran ke atas  Milad Sarlak.

Dalam pada itu, Al-Sadd kembali menghidupkan peluang ke saingan kalah mati selepas mengalahkan kelab Emeriah Arab Bersatu , Sharjah 2-0 dalam Kumpulan B hasil jaringan Gonzalo Plata dan  Baghdad Bounedjah.

Kemenangan ini membolehkan kelab Qatar itu  mengumpul tujuh mata selepas lima perlawanan untuk berada di tempat ke-3.

Kumpulan C, Kelab Iran, Sepahan mengalahkan Air Force Club dari Iraq hasil gol tunggal kemenangan Farshad Ahmadzadeh seawal minit ke-4.

Sepahan kini di tangga kedua di belakang Al Ittihad yang menumpaskan kelab Uzbekistan 2-1.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini