PARIS: Sukan Olimpik 2024 berlangsung di Paris, Perancis bermula 26 Julai, dengan penyertaan lebih 10,500 atlet dari pelbagai negara.
Para atlet akan bersaing untuk merebut pingat emas dan mengukir nama dalam sejarah sukan global di ibu kota Perancis.
Berikut merupakan 10 fakta menarik tentang Sukan Olimpik Paris 2024 yang anda perlu tahu:
Sukan Olimpik baharu
Pada tahun ini, Olimpik Paris 2024 akan mengadakan sukan baharu iaitu ‘breaking’ atau dikenali sebagai ‘breakdancing’ dimana atlet-atlet breakdance dari serata dunia akan berpeluang untuk pertama kalinya menyertai bagi merebut pingat emas Olimpik.
Pertandingan ini dibahagikan kepada dua acara, iaitu untuk lelaki dan wanita, di mana 16 B-Boys dan 16 B-Girls akan bersaing di Place de la Concorde pada 9 dan 10 Ogos.
Mereka akan bertarung dengan menggunakan gerakan mereka mengikut rentak dari trek DJ dalam usaha untuk memenangi undian daripada juri.
Acara pembukaan di Sungai Seine
Paris 2024 mencatat sejarah Sukan Olimpik Musim Panas dengan menjadi yang penganjur pertama mengadakan majlis perasmian di luar stadium.
Semua mata pastinya tertumpu pada upacara pembukaan rasmi Sukan Olimpik 2024 di Sungai Seine yang ikonik pada hari Jumaat, 26 Julai (awal pagi Sabtu di Malaysia).
Kesaksaman jantina dalam setiap acara
Untuk pertama kalinya, semua 32 sukan Olimpik akan mencapai kesaksamaan jantina sepenuhnya, dengan 5,250 tempat diperuntukkan kepada setiap jantina.
Pembaharuan ini menandakan tonggak penting dalam sejarah penyertaan wanita dalam Sukan Olimpik, melambangkan kemajuan sepanjang seabad.
Kelestarian Sukan Olimpik
Sukan Olimpik Paris 2024 semakin hampir dengan janji besar untuk menjadi sukan terunggul dari segi kelestarian.
Rancangan ini menggariskan idea-idea untuk mengurangkan pelepasan karbon, mengurangkan sisa dan menggunakan sumber tenaga boleh diperbaharui.
Maskot rasmi Sukan Olimpik
Bukan itu sahaja, perhatian umum kini tertumpu kepada maskot yang akan menggambarkan semangat dan nilai-nilai Sukan Olimpik pada tahun ini.
The Phryges adalah maskot rasmi Sukan Olimpik Paris 2024.
Ia merupakan topi tradisional yang diperkenalkan sebagai simbol unik yang tidak hanya mencerminkan kebudayaan khas Perancis, tetapi juga melambangkan kebebasan serta mewakili tokoh-tokoh republik Perancis.
Medal Olimpik
Pingat Olimpik tahun ini mengandungi sebahagian daripada sejarah Paris. Setiap pingat akan dicampur dengan besi dari Menara Eiffel asal yang dibina untuk Pameran Dunia 1889.
Kepingan besi diambil daripada bahagian-bahagian menara yang diganti semasa kerja pembaikan selama bertahun-tahun dan disimpan.
Untuk mencipta pingat-pingat ini, Olimpik mendapat bantuan Chaumet, pembuat barang kemas mewah Perancis, untuk mencampurkan 18 gram besi dari Menara Eiffel ke dalam bahan lain yang terbuat daripada perak, emas, dan gangsa.