TUMPAT: Kawasan pintu air di Kampung Sri Tujoh, di sini menjadi tumpuan kaki pancing setiap kali tibanya musim tengkujuh.
Mana tidaknya ibarat seperti pesta sembat ikan, pelbagai jenis ikan boleh didapati di pintu air berkenaan.
Sembat ikan adalah satu teknik memancing tanpa menggunakan sebarang umpan berikutan ikan akan keluar mengikut arus deras menerusi pintu air.
Pintu air kebiasaannya akan dibuka bagi mengalirkan air dari Sungai Tapang ke laut bagi mengelakkan kawasan sawah padi dan jalan raya di sekitar kampung berhampiran ditenggelami air banjir akibat hujan lebat yang berterusan.
Kawasan pintu air di Kampung Sri Tujoh, di sini menjadi tumpuan kaki pancing setiap kali tibanya musim tengkujuh. pic.twitter.com/NFURHmxWtO
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) December 25, 2022
Tindakan melepaskan air dari pintu air berkenaan sekaligus membantu memberi rezeki kepada penduduk kampung.
Antara ikan yang sering berjaya ditangkap pemancing antaranya adalah ikan patin, keli, toman dan sepat.