comscore
Tumpuan :
Santai

Jom Heboh Mampu Cecah 250,000 Pengunjung

 


KUALA NERUS : Penganjuran Karnival Jom Heboh (KJH) di Kompleks Sukan Negeri Terengganu, di sini, hari ini mendapat sambutan menggalakkan apabila jumlah kehadiran dijangka mencecah 250,000 pengunjung.

Karnival anjuran Media Prima Berhad (MPB) yang berlangsung dua hari bermula semalam berjaya menarik minat orang ramai dengan aktiviti kekeluargaan, aktiviti kanak-kanak, program jualan dengan tawaran menarik, program keagamaan dan kehadiran selebriti.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman berkata, pihaknya mendapati penganjuran KJH mendapat sambutan luar biasa dan ia nematuhi garis panduan yang ditetapkan kerajaan Terengganu.

“Selepas berlangsung semalam, kita mendapati KJH menepati garis panduan yang ditetapkan seperti mana dalam perbincangan dan program seperti ini wajar diteruskan lagi di Terengganu selepas melihat begitu ramai pengunjung yang hadir.

“Justeru, kerajaan negeri amat berterima kasih kepada MPB yang memilih Terengganu sebagai lokasi penganjuran pada kali ini dan secara tidak langsung dapat mempromosi sektor pelancongan di negeri ini,” katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.

Terdahulu, Ariffin diiringi Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primework Studio, Datuk Khairul Anwar Salleh melakukan lawatan di beberapa tapak jualan di KJH termasuk menaiki belon panas.

Mengulas lanjut, Ariffin berkata, pihaknya mengharapkan kehadiran lebih ramai pengunjung pada malam ini menerusi program keagamaan menampilkan beberapa penceramah.

“Kita mengharapkan cuaca yang baik pada malam ini sekali gus memberi peluang kepada pengunjung hadir ke program Malam Akustika dan ‘Malam Akustika Jalan Cinta Rasul’ bersempena malam Maulidur Rasul.”

Program Syariat Berdaulat, Negeri Berdaulat akan menampilkan panel seperti Exco Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Datuk Saiful Bahari Mamat serta bekas mufti negeri, Datuk Zulkifli Muda,” katanya.

Loading...
Terkini