comscore
Tumpuan :
Santai

Barisan Pelakon Air Force The Movie Raikan 120 Pesakit Kanser Kanak-Kanak

Oleh Selwam Arjunan

GEORGETOWN: “Hanya kegembiraan dan keseronokan dapat mengubati kesakitan yang kita tidak dapat bayangkan,”

Itu hasrat Persatuan Sahabat Kanak-Kanak Kanser Wilayah Utara (FOCCAN) yang meraikan 120 kanak-kanak pesakit kanser di Pulau Pinang hari ini.

Program “Kids Day Out 2022” diadakan di Taman Belia, George Town dengan kerjasama Majlis Bandaraya Pulau Pinang sempena bulan kesedaran kanser kanak-kanak.

Seramai 120 kanak-kanak diraikan dengan ibu bapa atau penjaga turut mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang disediakan.

Ia termasuk permainan, kuiz, pameran dan aktiviti hiburan bersama sukarelawan yang hadir untuk menyerikan program tersebut.

Turut memeriahkan program kali ini, barisan pelakon filem “Air Force The Movie: Selagi Bernyawa” yang mencuri tumpuan kanak-kanak.

“Kami cuba anjurkan program ini untuk memberi segala keseronokan yang boleh kami beri kepada kanak-kanak kanser kerana kita tahu mereka ini merupakan jiwa yang diuji dengan kesakitan serius,” kata Presiden FOCCAN, Maznah Taib.

Menurut Maznah program ini telah memasukan tahun keenam penganjuran.

Selain itu, barisan Juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) 15 dan 18 Skuadron yang berpangkalan di Butterworth turut serta dalam program tersebut.

Mereka turut berkongsi pengalaman dan kisah sepanjang menjalankan tugas.

Hadir sama dalam program ini Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Ma’arof Sudin.

Loading...
Terkini