Oleh Syafiqah Damanhuri
KUALA LUMPUR: Penjumlahan undi bagi Pemilihan UMNO 2023 – 2026 setakat jam 11.30 malam ini menyaksikan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Ismail mendahului dengan 75 undi bagi jawatan Naib Presiden.
Ia diikuti Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (72) dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani (59).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman pula mendapat 38 undi, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (31) Datuk Hasni Mohammed (25), Datuk Seri Mahdzir Khalid (15) dan Dr. Mohd Yusof Musa (0).
Bagi jawatan Pengerusi Tetap UMNO, Tan Sri Badruddin Amiruldin mendahului dengan 92 undi.
Manakala jawatan Timbalan Pengerusi Tetap pulak didahului Datuk Seri Abdul Fattah Abdullah dengan 64 undi.