Tumpuan :
Politik

Wan Azizah sudah isytihar harta

Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail ketika majlis minum petang bersama Persatuan Wanita Anggerik Malaysia yang diadakan di Kelab Tasik Putrajaya

Oleh: Wan Zairul Azri Wan Mohammad Sudin

PUTRAJAYA: Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan beliau sudah membuat pengisytiharan hartanya.

Tindakan itu merupakan sebahagian daripada syarat yang ditetapkan parti berkenaan untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Soalan wartawan: Datuk Seri sudah isytihar harta? Dah,” jawabnya ringkas sebelum bergegas meninggalkan majlis minum petang bersama Persatuan Wanita Anggerik Malaysia di sini hari ini, yang turut dihadiri calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Putrajaya, Dr Noraishah Mydin Abdul Aziz.

Datuk Seri Wan Azizah yang juga calon PH Parlimen Bandar Tun Razak itu kemudian perlu menghadiri Program Ziarah Otai Reformis di Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berdasarkan jadual kempen beliau sempena PRU-15.

Timbalan Pengarah Pilihan Raya PKR, Rodziah Ismail sebelum ini dilaporkan berkata, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datuk Seri Wan Azizah akan mengisytiharkan harta mereka petang semalam.

Menurutnya, kelewatan pengisytiharan kedua-dua pemimpin PKR itu disebabkan kekangan masa.

Hasil semakan di laman sesawang pengisytiharaan itu di https://calonkeadilan.org/ mendapati entri untuk butiran Datuk Seri Wan Azizah ditandakan “akan dikemas kini”.

Terdahulu, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli menyatakan, pengisytiharan harta dibuat mengikut Akta Akuan Berkanun 1960 susulan syarat PKR supaya calon yang bertanding pada PRU-15 berbuat demikian.

Loading...
Terkini