comscore
Tumpuan :
Politik

Undi awal: 95% anggota TLDM Lumut tunaikan tanggungjawab

Foto Hiasan

Oleh Rusyaidi Hafiz Shahid

LUMUT: Seramai 8,050 pengundi atau 95% yang terdiri daripada tentera laut selesai menunaikan tanggungjawab undi awal di Pengkalan Tentera Laut Lumut, Perak selepas pusat mengundi ditutup jam 5 petang tadi.

Proses undian yang berjalan sejak jam 8 pagi menyaksikan sebanyak 18 saluran dibuka di 3 buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Kebangsaan TLDM Lumut, Sekolah. Kebangsaan Pengkalan TLDM Lumut 1 dan 2.

Menerusi data yang dikongsikan Unit Komunikasi TLDM Lumut, secara keseluruhan pengundi berdaftar di Pengkalan itu adalah seramai 8,327 orang sekali gus jumlah yang tidak hadir mengundi seramai 277 orang.

Bagi undi pos pula, setakat jam 5 petang tadi, seramai 787 orang anggota sudah melakukannya.

Seramai 7,140 atau 85% orang ahli keluarga termasuk pesara TLDM turut terlibat dengan sesi undian awal pada hari ini.

Pecahan saluran dan bilangan pengundi bagi 3 pusat pengundian adalah seperti berikut dimana Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan TLDM Lumut adalah seramai 3,877 pengundi (8 saluran), Sekolah Kebangsaan Pengkalan TLDM Lumut 1 pula 2,800 pengundi (5 saluran), dan Sekolah Kebangsaan Pengkalan TLDM Lumut 2 adalah 2,045 (5 saluran).

Loading...
Terkini