Tumpuan :
Politik

UMNO tarik balik penggantungan Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta merta

 

Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.- Foto fail

KUALA LUMPUR: Penggantungan keahlian UMNO terhadap bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman ditarik serta merta berkuat kuasa hari ini.

Setiausaha Agung, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, keputusan itu diputuskan oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) hari ini.

“MKT sebulat suara untuk menarik semula penggantungan keahlian Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Ahli UMNO berkuat kuasa serta merta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tajuddin sebelum ini digantung keahlian selama enam tahun bermula September 2022 kerana kesalahan mengkritik parti.

Susulan itu, beliau dilapor mengemukakan rayuan sebanyak empat kali.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini