KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini mencadangkan lima cara untuk mengembalikan kegemilangan UMNO di Selangor.
Katanya, walau sebanyak mana pun perancangan dan visi yang ditetapkan, UMNO Selangor akan terus kekal tanpa kuasa jika ia tidak mengubah budayanya.
Jelasnya, UMNO Selangor perlu melaksanakan kajian sikap yang ikhlas, yang melambangkan denyut nadi keseluruhan rakyat negeri itu.
Kedua, modenkan operasi organisasi.
Organisasi yang kos efektif, pantas berkomunikasi, terbuka dengan idea daripada akar umbi, meletakkan cadangan dasar sebagai keutamaan, mengguna pakai data dan analisa dengan tepat.
Ketiga, mencari pelapis dengan hati yang terbuka.
Katanya, ini penting kerana akhirnya, organisasi UMNO Selangor itu akan dihakimi rakyat dengan pemimpin yang ditonjolkan.
Selain itu, Tengku Zafrul yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri dalam kenyataan melalui Facebooknya berkata UMNO Selangor perlu merangka kerjasama menang-menang dengan rakan di negeri itu.
“Kelima dan yang paling penting, kita perlu terapkan budaya politik baharu, baik budaya intelektual, fokus kepada solusi dan dasar, buang cah keting.”
Menyorot kekalahan teruk UMNO pada pilihan raya negeri (PRN) Selangor, Tengku Zafrul berkata beliau memberi peringatan bahawa itu adalah amaran terakhir dan jika keputusan itu masih belum mampu mencelikkan mata, tiada apa lagi yang boleh mencelikkan UMNO negeri itu.
“Sekarang ni sudah lapan bulan lepas PRN, masih tak ada apa-apa. Post mortem mendalam? Tak ada. Strategi baharu tawan hati rakyat? Tak ada.”
“Jadi, kalau pandangan saya mengenai keperluan mendesak untuk mengembalikan kegemilangan UMNO Selangor tidak diterima, saya kira lebih baik saya tumpukan kepada membantu UMNO di peringkat pusat dan bahagian.”
Tengku Zafrul bagaimanapun mengakui beliau masih komited dengan UMNO Bahagian Kota Raja dan UMNO Selangor kerana yakin semua ahlinya berkongsi impian yang sama, iaitu untuk melihat UMNO Selangor kembali relevan dan dihormati rakyat.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.